Bismillahirahmanirahim,
Selamat study pd student, Selamat bekerja pd
pekerja, dan moga Allah berikan kita nikmat kesihatan yg x terhingga itu utk
melalui hari-hari yg mencabar.
Semoga Allah yg maha kuat, pengasih lg penyayang
& pengampun memaafkan dosa-dosa sy dan dosa-dosa kmu. Dosa yg bergunung -
ganang, berbukit-bukau sehingga habis seluruh bukit dan gunung kat dunia ni pun
dosa kita ada berplanet-planet lg.huh. Moga Allah bermurah hati untuk
membanjirkan pengampunan pd kita semua.
Hidup perlu cemerlang!
Feel good ^_^
dan ingat wahai diri!
"Sesuatu kerja yg tdk akan siap jika tdk disiapkan pd masanya""bila ssuatu kerja ditangguhkan, maka akan tiada masa lg utk menyiapkan kerja itu"
tp diri selalu alpa..lalai dan sering malah
selalu ulang kesalahan dan langkah sumbang yg sama. 'Adakah insan diciptakan
begitu dan tdk akan berubah sampai bila-bila?'
*************************************************************************************
"aku
dah cuba yg terbaik supaya aku x lewat jumpa dia. aargh..!" bentak Sira
dalam hati sambil kakinya menekan pedal minyak kereta sewanya itu.
"hish,
tadi da kuar awal da. mcm mana bole silap kunci lak ni.." Sira bermonolog.
"Ya
Allah, lambat la pulak volvo dpn nih." guman Sira lagi namun cukup jelas
di telinga Aji yang setia menemaninya di sebelah. Aji juga turut menenangkan
Sira dan kadang-kadang ibarat co-driver dan kadang-kadang seperti pembantu
lumba kereta lasak lagaknya.
"Okay
Sira, perlahankan kete. Da kuning" beritahu Aji lembut sambil menunjuk
lampu trafik di depan.
Terasa kete
waksegan retro mulai perlahan dan akhirnya berhenti.
"uish
laju jugak kete sewa lama ni." pikir Aji tersenyum sendiri.
"Sira,
Sira..da la kau selalu terkenal dgn x mampu tepati waktu. dan..dan kali ini
satu lagi bukti yg menyokong dakwaan tu. Ya Allah, apa aku nk buat ni? Adakah
insan diciptakan begitu dan..
dan aku tdk
akan mampu berubah sampai bila-bila? Aku mahu tepati waktu YA ALLAH!"
bicara hati Sira saat lampu merah.
"[Ar-Ra'd
13: 11]" satu suara bergema di telinga Sira. Sira tersentak. Aji
direnungnya.
"Kenapa
Sira? lampu dah ijau tu." balas Aji bila sedar kete sewa waksegan mereka
tdk bergerak walau lampu ijau menyala.
"Aah,
ooo. OK." balas Sira agak kalut lalu cepat-cepat menukar gear.
"Nasib
x da org sgt kat jln ni." ngomel Sira. Aji yang terdengar tersenyum.
"Mana
ada org nk duduk atas jalan pukul 7 cam ni. Kete berderet sbb tuan dia balik
keje ada laa.." gurau Aji.
Sira senyum
senget. Kebiasaan. Terhibur sebenarnya.
"Aji,
ayat sebelas surah ar-rad tu ayat ape?" Tanya Sira dengan mata fokus pada
pemanduannya. Laju.
"Mana
datang spesis soalan tu?" Tanya Aji pula sambil berkerut muka.
"Ntah.
Random kot." Jawab Sira sambil angkat bahu.
Senyap.
"Ish,
ada ke tanya Aji. Silap aju soklan." marah hati Sira.
"Okkay,
da sampai. Mesej la akak tu. Kat ne?" Sira memecahkan kesunyian. Kereta
diperlahankan.
"emm..okay"
jawab Aji patuh sambil tangan menekan screen iphone 5 sambil mata
sekejap-sekejap meliar bagai mencari kelibat org yg dijanji.
"eh, tu
ha! Sira, kak Fan kat depan tu." balas Aji lagi sambil jari telunjuk
menunjuk pada seorang gadis lewat 20-an, bertudung labuh rona pink lembut
dengan blouse putih bunga-bunga kecil pink dan seluar rona cream pink. Gadis
itu sedang menggalas beg sandang, dilehernya ada beg kamera Nikon, dan
tangannya penuh beg. Tangan kiri menarik bagasi dan tangan kanan memegang
beg kertas Asadi.
Kak Fan.
Seorang kenalan Aji dari laman sosial dan Aji hanya mengenali wajah dan
bicaranya sahaja. Itu pun dengan insiden tersilap 'add friend', ingatkan
kenalan ketika sekolah rendah tetapi orang lain rupanya. Nama hampir sama,
Fatin Siti Farhana (Kak Fan) dengan Fatin Siti Farhanah Amin (Tina) kawan
sekolah rendah. Hubungan mereka makin akrab dengan mesej-mesej dari kak Fan
kepada Aji dan entah kenapa, Aji senang melayan mesej dari kak Fan. Sira pula
merupakan kawan baiknya yang turut telah menjadi kawan kak Fan di laman sosial
tersebut. Itu pun atas paksaan Aji supaya ada geng nak kenakan dan bergurau
nanti bila bermesej dengan kak Fan. Bagi mereka, selagi mana orang mampu
menerima cara gurauan mereka dan boleh 'masuk' dengan mereka berdua, pastinya
orang itu mampu dibuat klik. Hari ini, Kak Fan mahu melawat mereka. Sebenarnya
Kak Fan ada kerja yang perlu dibereskan di Johor. Oleh itu, Aji beria-ria mahu
menumpangkan Kak Fan di rumah sewa mereka. Katanya mahu berjumpa dan ingin
mengenali lebih rapat.
Kereta
diberhentikan di hadapan Kak Fan dan Aji melambaikan tangan pada Kak Fan. Kak
Fan tersenyum lalu mempercepatkan langkah menuju ke arah kami.
*************************************************************************************
Setelah
penat meronda kawasan bandaraya Johor Bahru, bersenda gurau dan mencuci mata,
mereka bertiga menuju ke Restoran Warisan Budaya untuk memenuhi permintaan
perut yang mula berkeroncong.
"Sira,
perut aku da lagu keroncong mak minah ni. Jom la cepat" rengek Aji bagai
orang x makan.
"Haila
Aji, aku tengah parking ni. Sabar la. Tak terbang pun ko punya nasi briyani gam
tu." balas Sira.
Aji
menjuihkan bibir. "biarla..perut aku da bunyi" gumam Aji.
"Okay,
kalo camtu kita lambat lagi. Biar bertabur terlerai nasi briayani GAM ko tu.
Melepas." jawab Sira agak emosi dengan lagak mengusik yang tak habis.
"Sabar la Aji, Sira nk parking betul2 ni. Kan Allah sayang pada orang yang sabar. Aji
nak Allah sayang Aji x?" tanya Kak Fan memujuk.
Senyap.
Bunyi brek
tangan ditarik.
"err..jom
laa kuar. Sape kate lapar sgt tadi?" Ajak Sira sambil matikan enjin kereta
dan telah sedia untuk membuka pintu kereta.
"Ko ni
Aji, x reti nak cover ke? depan Kak Fan pulak tu." bisik Sira bila sebaik
sahaja Aji menutup pintu kereta setelah keluar dari kereta sewa mereka.
Kelihatan Kak Fan sibuk mencari barang dalam beg sandangnya di bahagian tempat
duduk belakang.
Sari menarik
Aji agar jauh dari kereta sedikit. "Ko ni..Ko tahu kan makanan tu x lari
terbang pun kalo ko sabar skit.." Sira mula melembutkan suara.
"alaa,
ko tahu laa kan aku macam mana. Bila masuk bab perut dan maka, memang aku x dpt
nk control laa. Sorry." balas Aji sambil buat muka sememeh minta belas.
"muka
nak minta penampar free la tuh" balas Sira sambil tangan siap dihayun ke
atas.
Aji sengeh
sambil buat jari telunjuk dan jari hantu ditegakkan ke atas membentuk simbol
>peace<.
Tanpa sedar
gelagat mereka diperhati oleh seseorang. Dia tersenyum.
"Jom
la. Kak Fan da tunggu tu. Aku minta maaf laa kat dia sebab pikir pasal diri
sendiri je." ajak Aji sambil bergerak ke kereta sewa waksegan mereka. Sira
membuntuti.
"Akak
da jumpa ke? Akak cari ape sebenarnya?" tanya Aji ceria dan ingin tahu.
Lama sangat akak ni cari barang. Ada masalah ke?
"Ha,
dah. da jumpa dah. Jom laa, nanti nasi briyani Aji berderai kang. Putih
mata." Jawab Kak Fan mengusik.
"alaa
akak, kalo Aji ni akak kene biasakan. Bab perut dan makanan memang x boleh nak
tolong. Kadang-kadang rimas pun ada." jawab Sira mengadu sambil menjeling
dan tersengih pada Aji. Mereka jalan beriringan kini. Kak Fan di tengah antara
Sira dan Aji.
"Alaa
kak, memang la Aji macam ni. Tapi bila betul2 betul lapar je. Time lain okay
je." balas Aji membela diri.
"Ha'a,
bila masa Cik Aji kita ni tak lapar? Kabo skit kat dunia. hehe" usik Sira.
Aji tersengih.
"Tak
dapat nak ubah dah." jawab Aji penutup.
" Aji,
Sira" seru Kak Fan.
"Ya"
serentak Sira dan Aji.
"
Pernah dengar ayat kesebelas surah Ar-Ra'd tak?" tanya Kak Fan.
"huh"
Aji menung .
"Ar-Rad
13:11" pikir Sira.
"Nah
ni. Pastu kita makan. Hari ni akak belanja korang." Kak Fan senyum sambil
hulur 2 sampul kertas saiz A5. "Jom, makan!" ajak Kak Fan sambil
jalan terus ke meja di pangkin.
"Apa ni
Aji?" tanya Sira sambil membuka sampul tersebut.
"Entah"
jawab Aji angkat bahu, sambil tangan turut membuka sampulnya.
"erk,
Sira." panggil Aji perlahan.
![]() | |||
| Kita manusia yang mampu berubah. Percayalah! |
"Jom
makan Aji, lepas makan nih kita wat perkara ni dan dibawah pengawasan Kak Fan.
Setuju tak?" sambung Sira dengan muka ceria. Aji balas dengan senyuman dan
anggukan. Lalu mereka berjalan menuju ke Kak Fan yang sedang tersenyum menanti.

Comments
Post a Comment