BismillahiRahmaniRahim,
Assalamualaikum wbt
Dear myself,
Aku lihat banyak yang kau mahu kejar
Tapi tiada juga kau dapat
Ku lihat kau penat sudah berlari, lalu berhenti
Disitu, menahan rasa sakit sendiri
Sebab orang lain sudah sampai destinasi
Dan menuju destinasi lain
Yang lewat juga telah sampai ke titik kau berdiri
Dah telah juga jauh ke hadapan
Menyelesaikan urusan yang satu
Dan terus menguruskan urusan seterusnya
Aku takut
Aku melihat kau kaku
Aku mahu kau bergerak kehadapan
Tetapi untuk beberapa tahun ini
Kau bergerak setempat
Dari apa dan kemana kau sedang tuju
Kau bergerak setempat, sedarkah kamu
Apa yang menarikmu untuk tidak terus maju
Apa pula yang ada dihadapan yang kau takut kan
Masa terus berjalan.
Jangan!
Salah aku melihat masa
Kau juga tidak perlu lihat masa
Ia buatkan kau tambah derita, keresahan
Kau usahakan dulu
Untuk mampu gerak kehadapan
Kau usahakan dulu
Untuk mencari jalan ke tempat tujuan
Sakit?
Tak mengapa
Aku disini
Tenang saja
Allah sentiasa menjaga kita.
Inilah realiti kita, tak sama dengan yang lain.
Sabar, dengan dirimu sendiri
Sabar, dalam mencari erti
Sabar, Allah sentiasa ada memerhati.
Bismillah, jalan lagi.
Kali ini kehadapan, bukan buat pusingan, di satu jalan.
Jalan, bergeraklah
InsyaAllah, Allah bantu
Perasaanmu, tenangkanlah
InsyaAllah, Allah disitu
menunggu kita, aku dan kamu.
Allah menunggumu...
#kaksyarh


Comments
Post a Comment